Tuesday, October 4, 2011

Address Bar hilang dari Windows Explorer



Jika Address Bar hilang dari kawasan toolbar Windows Explorer (lihat bahagian bertanda "??" di atas), ia mungkin berlaku kerana setting untuk Address Bar telah tidak dipilih (lihat gambar di bawah).

Klik pada menu "Address Bar" dan anda sepatutnya dapat melihat semula Address Bar tersebut.



Jika Address Bar sudah dipilih namun masih tiada kelihatan pada tool bar, pastikan menu "Lock the Toolbars" tidak ditandakan. Anda sepatutnya sudah boleh melihat Address Bar sekarang, setidak-tidaknya pada bahagian kanan toolbar. Heret Address Bar semula ke bahagian kiri.

Jika masih tidak kelihatan, ada kemungkinan ketetapan pada Windows Registry sudah berubah.

Klik "Start/Run" dan taip "REGSVR32 /i BROWSEUI.DLL" dan tekan "OK".

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ENGLISH TRANSLATION:



If the Address Bar disappeared from the toolbar of Windows Explorer (see the section marked "?" Above), it could happen because the settings for the Address Bar was not selected (see picture below).

Click on the "Address Bar" and you should be able to see again the Address Bar.



If the Address Bar has been selected but still not visible on the tool bar, make sure the "Lock the Toolbars" is not checked. You should be able to see the Address Bar now, at least on the right side of the toolbar. Drag the Address Bar to the left.

If still not visible, it is possible that the setting in the Windows Registry has changed.

Click the "Start / Run" and type "regsvr32 / i BROWSEUI.DLL" and press "OK".

Tuesday, August 16, 2011

Maksud Tablet PC atau Tablet Computer



Lihat http://perihalkomputer.blogspot.com/2011/08/komputer-tablet.html

Komputer Tablet




Komputer Tablet, atau Tablet, adalah sejenis komputer mudah alih yang lebih besar dari telefon mudah alih atau PDA (mesin Pembantu Digital Peribadi) dan menggunakan skrin sesentuh (touch screen). Kebiasaannya ia menggunakan pen digital atau papan kekunci maya.

Syarikat gergasi komputer, Microsoft, pernah memperkenalkan produk konsep Tablet PC pada sekitar tahun 2000. Walaubagaimanapun, Komputer Tablet ini mula mendapat perhatian setelah syarikat inovasi komputer, Apple, berjaya memasarkan iPad pada bulan April 2010. Konsep iPad menjadi ikutan apabila beberapa model ala iPad dijual di pasaran dengan harga yang jauh lebih murah ( cari di Lelong.my ) . Walaupun prestasi dan fungsinya tidak dapat menandingi iPad, kewujudan model-model seperti ini menunjukkan bahawa gaya pengguna masakini cenderung ke arah Komputer Tablet.

Sunday, March 27, 2011

Bekalan Elektrik Yang Tak Stabil Boleh Ganggu Sistem Komputer

Adakalanya anda terasa seperti ada cas elektrik yang lemah pada permukaan peralatan komputer anda. Ada kemungkinan keadaan ini disebabkan bekalan elektrik (arus ulang-alik, alternate current) yang tidak stabil; adakalanya normal, adakalanya lemah dan adakalanya (lebih menakutkan) tinggi dari paras biasa.

Sekiranya keadaannya menjadi tinggi dari paras biasa, ia boleh mengakibatkan kerosakan pada peralatan elektrik tadi. Elok jika anda guna Power Regulator untuk selamatkan perkakasan komputer anda.