Tuesday, August 16, 2011

Maksud Tablet PC atau Tablet Computer



Lihat http://perihalkomputer.blogspot.com/2011/08/komputer-tablet.html

Komputer Tablet




Komputer Tablet, atau Tablet, adalah sejenis komputer mudah alih yang lebih besar dari telefon mudah alih atau PDA (mesin Pembantu Digital Peribadi) dan menggunakan skrin sesentuh (touch screen). Kebiasaannya ia menggunakan pen digital atau papan kekunci maya.

Syarikat gergasi komputer, Microsoft, pernah memperkenalkan produk konsep Tablet PC pada sekitar tahun 2000. Walaubagaimanapun, Komputer Tablet ini mula mendapat perhatian setelah syarikat inovasi komputer, Apple, berjaya memasarkan iPad pada bulan April 2010. Konsep iPad menjadi ikutan apabila beberapa model ala iPad dijual di pasaran dengan harga yang jauh lebih murah ( cari di Lelong.my ) . Walaupun prestasi dan fungsinya tidak dapat menandingi iPad, kewujudan model-model seperti ini menunjukkan bahawa gaya pengguna masakini cenderung ke arah Komputer Tablet.