Thursday, August 17, 2017

Apakah maksud Motherboard?


Apakah maksud Motherboard?


Motherboard atau MainBoard (Melayu:PapanUtama) juga dikenali sebagai System Board (Melayu:Papan Sistem) adalah papan litar elektronik yang mengandungi pelbagai komponen bagi sesebuah sistem komputer. Ia adalah tempat di mana cip pemproses, cip ingatan rawak, kad grafik, storan dan sebagainya dipasang.

Tuesday, August 15, 2017

Apakah Bitcoin?


Bitcoin adalah sejenis matawang crypto dan sistem pembayaran digital yang dicipta oleh seorang pengaturcara yang tidak dikenali bernama Satoshi Nakamoto. Ia terbitkan sebagai sumber terbuka pada tahun 2009. Sistem ini menggunakan rangkaian peer-to-peer dan transaksi dilakukan antara pengguna secara terus tanpa orang tengah.

Maksud Ransomware



Ransomware adalah gabungan dua perkataan iaitu Ransom (Melayu:Tebusan) dan Software (Melayu:Perisian). Ia bermaksud perisian yang boleh menyerang mangsa, memerangkapnya dan menuntut wang tebusan untuk melepaskannya.

Sunday, August 13, 2017

Jenis penjenayah komputer yang anda patut tahu


Jenis penjenayah komputer boleh dibahagikan kepada kategori seperti berikut:

1) Hacker - Hacker bermaksud seseorang yang mengakses sistem komputer tanpa kebenaran dengan niat untuk cuba menembusi pertahanan sistem tersebut. Mereka yang menggelar dirinya Hackers selalunya mendakwa aktiviti ini membantu organisasi mengenalpasti kelemahan sistem pertahanan komputer dan membaikinya.

2) Cracker - Cracker bermaksud seseorang yang mengakses sistem komputer tanpa kebenaran dengan niat yang jahat seperti mencuri maklumat, merosakkan data atau sistem dan seumpamanya.



3) Script Kiddie - Script Kiddie adalah mereka yang bercita-cita mahu menjadi Hacker atau Cracker tetapi tidak memiliki kemahiran yang tinggi lalu cuba menggunakan skrip-skrip pengaturcaraan yang diperolehi melalui carian Internet atau media sosial.



4) Cyber Extortionist - Cyber Extortionist adalah mereka yang cuba mengugut untuk mendedahkan rahsia individu atau organisasi sekiranya sejumlah pampasan tidak diberikan. Ugutan ini selalunya dihantar melalui email yang akan menyukarkan pihak berkuasa mengesan sumbernya.



5) Cyber Terrorist - Cyber Terrorist adalah mereka yang menggunakan Internet atau rangkaian komputer yang lain untuk menyerang atau memusnahkan sistem komputer sesebuah kerajaan atau organisasi atas motif politik. Serangan boleh dilakukan terhadap sistem kawalan trafik udara, stesen janakuasa, sistem komunikasi atau kemudahan awam. Kegiatan Cyber Terrorist selalunya memerlukan perancangan yang rapi, masa yang lama serta belanja yang tinggi.