Sunday, August 13, 2017

Jenis penjenayah komputer yang anda patut tahu


Jenis penjenayah komputer boleh dibahagikan kepada kategori seperti berikut:

1) Hacker - Hacker bermaksud seseorang yang mengakses sistem komputer tanpa kebenaran dengan niat untuk cuba menembusi pertahanan sistem tersebut. Mereka yang menggelar dirinya Hackers selalunya mendakwa aktiviti ini membantu organisasi mengenalpasti kelemahan sistem pertahanan komputer dan membaikinya.

2) Cracker - Cracker bermaksud seseorang yang mengakses sistem komputer tanpa kebenaran dengan niat yang jahat seperti mencuri maklumat, merosakkan data atau sistem dan seumpamanya.



3) Script Kiddie - Script Kiddie adalah mereka yang bercita-cita mahu menjadi Hacker atau Cracker tetapi tidak memiliki kemahiran yang tinggi lalu cuba menggunakan skrip-skrip pengaturcaraan yang diperolehi melalui carian Internet atau media sosial.



4) Cyber Extortionist - Cyber Extortionist adalah mereka yang cuba mengugut untuk mendedahkan rahsia individu atau organisasi sekiranya sejumlah pampasan tidak diberikan. Ugutan ini selalunya dihantar melalui email yang akan menyukarkan pihak berkuasa mengesan sumbernya.



5) Cyber Terrorist - Cyber Terrorist adalah mereka yang menggunakan Internet atau rangkaian komputer yang lain untuk menyerang atau memusnahkan sistem komputer sesebuah kerajaan atau organisasi atas motif politik. Serangan boleh dilakukan terhadap sistem kawalan trafik udara, stesen janakuasa, sistem komunikasi atau kemudahan awam. Kegiatan Cyber Terrorist selalunya memerlukan perancangan yang rapi, masa yang lama serta belanja yang tinggi.





No comments:

Post a Comment