Sunday, August 9, 2009

Pengenalan IBM OS/2


IBM OS/2 adalah Perisian Sistem Pengendalian yang dibangunkan secara bersama oleh Microsoft dan IBM tetapi dijual di pasaran oleh IBM.

Bagaimanapun kemudiannya Microsoft meninggalkan projek ini kerana memberi tumpuan terhadap produknya sendiri iaitu Microsoft Windows.

IBM terus membangunkan sistem tersebut sehinggalah pada 31hb Disember 2006 menamatkan jualan dan khidmat lepas jualan terhadap sistem ini.

Rujukan:

Pengenalan Apple Macintosh

Macintosh 128K
Apple Macintosh adalah nama Perisian Sistem Pengendalian yang menjalankan Mesin Komputer yang dibina oleh Syarikat Apple.

Perisian Sistem Pengendalian Sistem Apple Macintosh diperkenalkan pada tahun 1984 dengan berkonsepkan Antaramuka Grafik (Graphical User Interface,GUI). Antaranya melibatkan penggunaan mouse, kaedah klik dan persekitaran tetingkap (Windows Environment).

GUI merupakan satu kejayaan terbesar Macintosh dan konsep ini turut ditampilkan oleh Syarikat Pembangun Perisian yang lain seperti Microsoft (Perisian Windows) dan IBM (Perisian OS2).

Rujukan:


Maksud Perisian Sistem Pengendalian

Lihat http://perihalkomputer.blogspot.com/2009/08/maksud-operating-system-software.html

Pengenalan Microsoft Windows

WindowsFamilyTree.png image by bc_dalai

Microsoft Windows (Atau Windows) adalah satu keluarga Perisian Sistem Pengendalian yang dibangunkan oleh Syarikat Microsoft. Hampir 90% daripada PC dijalankan oleh Windows. Baki 10% PC dijalankan oleh Perisian Sistem Pengendalian Macintosh. Bagaimanapun adalah dipercayai peratusan ini telah berubah apabila Perisian Sistem Pengendalian Linux berjaya mengalih minat pengguna terutamanya golongan teknikal.


Rujukan:

Maksud Operating System Software

operating system

Operating System Software (OS) (Melayu: Perisian Sistem Pengendalian) adalah perisian yang mengendalikan Mesin Komputer. Operating System menjalankan kerja-kerja asas seperti memproses isyarat input dari keyboard, menghantar isyarat output ke monitor, mengawalselia fail dan direktori di dalam cakera storan dan mengawal peranti Input/Output seperti Pemacu Cakera (Disk Drive) dan Pencetak (Printer).

Contoh Operating System yang popular di kalangan pengguna PC adalah Microsoft Windows dan Linux. Terdapat satu jenis PC (Apple PC) yang mempunyai Perisian Sistem Pengendalian-nya yang tersendiri bernama Apple Macintosh.

Rujukan:

Pengenalan Linux

Disebut "li naks" (dalam sebutan Bahasa Melayu).

Linux adalah Perisian Sistem Pengendalian (Operating System Software) yang boleh dijalankan di atas mesin yang berbeza, contohnya mesin serasi-IBM ("PC") dan mesin Apple ("Macintosh").

Linux Kernel dibangunkan oleh Linus Torvalds berdasarkan Perisian Sistem Pengendalian UNIX. Oleh kerana ia berkonsepkan Sumber Terbuka (Open Source), Linux menjadi Perisian Alternatif kepada Perisian Sistem sedia ada contohnya Microsoft Windows.

Rujukan:

Maksud Perisian Komputer

Lihat http://perihalkomputer.blogspot.com/2009/08/maksud-computer-software.html

Maksud Perkakasan Komputer

Lihat http://perihalkomputer.blogspot.com/2009/08/maksud-computer-hardware.html

Maksud Computer Software

Computer Software bermaksud arahan atau data komputer. Pada asasnya, apa sahaja yang dapat disimpan secara elektronik dipanggil software. IEEE mentakrifkan Software sebagai aturcara komputer (Computer Program), data dan dokumentasi yang berkaitan. Lanjutan daripada ini Computer Software turut dikenali sebagai Perisian Komputer.

Terdapat dua jenis utama:
1) System Software
- Perisian Sistem; yang terlibat dengan perjalanan sistem sesebuah Mesin Komputer. Contohnya, Microsoft Windows


- Perisian Aplikasi; yang menjalankan aktiviti pemprosesan data yang khusus. Contohnya Microsoft Word.


Lawan kepada Computer Software adalah Computer Hardware.


Rujukan:

Maksud Random Access Memory (RAM)

random access
Random Access Memory (RAM, Melayu:Ingatan Capaian Rawak) adalah merujuk kepada komponen memori yang berupaya menyimpan dan mencapai data yang disimpan secara langsung tanpa perlu menjejaki trek alamat simpanannya secara berturutan.

Tidak seperti Pita Kaset (Tape Casette) atau Cakera Liut (Compact Disk) yang menjejaki data secara berturutan (Sequential Access), RAM membolehkan komputer mencapai lokasi data yang disimpan secara terus (Direct Access). Hasilnya, masa capaian menjadi amat singkat dan cekap.

Teknologi RAM digunakan di dalam pembuatan Primary Memory (Ingatan Utama). 

Rujukan:

Maksud Computer Hardware

computer
Computer Hardware adalah merujuk kepada komponen fizikal sesebuah mesin komputer. Ia merangkumi Peranti Input (Input Device), Peranti Output (Output Device), Pemprosesan Utama (Central Processing Unit, CPU), Memori Utama (Primary Memory), Memori Sekunder (Secondary Memory, Atau Secondary Storage)

Lawan kepada Computer Hardware adalah Computer Software.

Maksud Komputer

Lihat http://perihalkomputer.blogspot.com/2009/08/maksud-computer.html

Maksud Computer

computer
Komputer bermaksud mesin yang boleh melaksanakan arahan. Dua ciri utama komputer:
1. Ia bertindak balas terhadap arahan mengikut tatacara yang ditetapkan.
2. Ia boleh melaksanakan aturcara tersimpan (English:Program).

Komputer zaman moden bersifat elektronik dan digital. Komponen fizikal komputer dipanggil Perkakasan (English: Hardware); terdiri daripada wayar, transistor, litar elektronik dll. Set arahan tersimpan pula dinamakan Perisian (English:Software)

Semua komputer pelbagai guna memerlukan komponen Perkakasan berikut:
1. Memori - Membolehkan komputer menyimpan Data dan Program buat sementara waktu ketika pemprosesan dijalankan.
2. Storan - Membolehkan komputer menyimpan data secara tetap.
3. Peranti Input - Biasanya Keyboard dan Mouse; membolehkan pengguna memasukkan data dan arahan ke dalam sistem komputer.
4. Peranti Output - Biasanya Monitor; membolehkan komputer mengeluarkan output pemprosesn kepada pengguna.
5. Unit Pemprosesn Utama (English: Central Processing Unit, CPU) - Unit yang melaksana arahan dan mengawal aktiviti komputer.

Rujukan: