Showing posts with label pengenalan. Show all posts
Showing posts with label pengenalan. Show all posts

Sunday, August 9, 2009

Pengenalan IBM OS/2


IBM OS/2 adalah Perisian Sistem Pengendalian yang dibangunkan secara bersama oleh Microsoft dan IBM tetapi dijual di pasaran oleh IBM.

Bagaimanapun kemudiannya Microsoft meninggalkan projek ini kerana memberi tumpuan terhadap produknya sendiri iaitu Microsoft Windows.

IBM terus membangunkan sistem tersebut sehinggalah pada 31hb Disember 2006 menamatkan jualan dan khidmat lepas jualan terhadap sistem ini.

Rujukan:

Pengenalan Apple Macintosh

Macintosh 128K
Apple Macintosh adalah nama Perisian Sistem Pengendalian yang menjalankan Mesin Komputer yang dibina oleh Syarikat Apple.

Perisian Sistem Pengendalian Sistem Apple Macintosh diperkenalkan pada tahun 1984 dengan berkonsepkan Antaramuka Grafik (Graphical User Interface,GUI). Antaranya melibatkan penggunaan mouse, kaedah klik dan persekitaran tetingkap (Windows Environment).

GUI merupakan satu kejayaan terbesar Macintosh dan konsep ini turut ditampilkan oleh Syarikat Pembangun Perisian yang lain seperti Microsoft (Perisian Windows) dan IBM (Perisian OS2).

Rujukan:


Pengenalan Microsoft Windows

WindowsFamilyTree.png image by bc_dalai

Microsoft Windows (Atau Windows) adalah satu keluarga Perisian Sistem Pengendalian yang dibangunkan oleh Syarikat Microsoft. Hampir 90% daripada PC dijalankan oleh Windows. Baki 10% PC dijalankan oleh Perisian Sistem Pengendalian Macintosh. Bagaimanapun adalah dipercayai peratusan ini telah berubah apabila Perisian Sistem Pengendalian Linux berjaya mengalih minat pengguna terutamanya golongan teknikal.


Rujukan:

Pengenalan Linux

Disebut "li naks" (dalam sebutan Bahasa Melayu).

Linux adalah Perisian Sistem Pengendalian (Operating System Software) yang boleh dijalankan di atas mesin yang berbeza, contohnya mesin serasi-IBM ("PC") dan mesin Apple ("Macintosh").

Linux Kernel dibangunkan oleh Linus Torvalds berdasarkan Perisian Sistem Pengendalian UNIX. Oleh kerana ia berkonsepkan Sumber Terbuka (Open Source), Linux menjadi Perisian Alternatif kepada Perisian Sistem sedia ada contohnya Microsoft Windows.

Rujukan: