Monday, October 12, 2009
Maksud Application Software
Application Software bermaksud perisian (program) yang menjalankan aplikasi tertentu untuk pengguna. Application Software berbeza daripada Operating System Software dari sudut objektifnya adalah untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang berkait langsung dengan keperluan pengguna.
Contoh perisian aplikasi adalah Perisian Lembaran Kerja (Spreadsheet Application Software). Spreadsheet Application Software merupakan perisian yang dibangunkan untuk PC yang amat berjaya menarik minat pengguna sehingga hari ini.
Mengikut sejarah, Spreadsheet Application Software yang pertama dikenali sebagai VisiCalc yang dibangunkan untuk Komputer Apple. Program tersebut kemudiannya diterjemahkan untuk Komputer IBM tidak lama selepas itu. Saiznya sangat kecil dan anda hanya perlu menyalin satu fail '.exe' sahaja untuk menjalankannya di dalam komputer anda. Anda boleh mencuba program ini dengan memuat turun failnya dari url di bawah
download free VisiCalc for DOS : (http://www.mediafire.com/?sharekey =f643eba87c191c50ab1eab3e9fa335cac5bc0e48bfdc0e70)
Panduan Ringkas:
1) Untuk menjalankannya di dalam persekitaran Windows, Double Click fail 'VisiCalcDOS.exe'
2) Untuk menghentikannya, taip "/SQY".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Great article...
ReplyDelete