
Komputer bermaksud mesin yang boleh melaksanakan arahan. Dua ciri utama komputer:
1. Ia bertindak balas terhadap arahan mengikut tatacara yang ditetapkan.
2. Ia boleh melaksanakan aturcara tersimpan (English:Program).
Komputer zaman moden bersifat elektronik dan digital. Komponen fizikal komputer dipanggil Perkakasan (English: Hardware); terdiri daripada wayar, transistor, litar elektronik dll. Set arahan tersimpan pula dinamakan Perisian (English:Software)
Semua komputer pelbagai guna memerlukan komponen Perkakasan berikut:
1. Memori - Membolehkan komputer menyimpan Data dan Program buat sementara waktu ketika pemprosesan dijalankan.
2. Storan - Membolehkan komputer menyimpan data secara tetap.
3. Peranti Input - Biasanya Keyboard dan Mouse; membolehkan pengguna memasukkan data dan arahan ke dalam sistem komputer.
4. Peranti Output - Biasanya Monitor; membolehkan komputer mengeluarkan output pemprosesn kepada pengguna.
5. Unit Pemprosesn Utama (English: Central Processing Unit, CPU) - Unit yang melaksana arahan dan mengawal aktiviti komputer.
Rujukan:
No comments:
Post a Comment