Tuesday, October 27, 2009

Dr Web (Anti Virus) periksa fail anda secara percuma

Semak samada fail komputer anda sudah dijangkiti malware atau tidak.


Klik "Choose File".

Pilih fail yang ingin diperiksa.

Klik "Scan".

Sekiranya fail anda telah dijangkiti virus, anda akan mendapat hasil paparan seperti berikut:


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

QuickPost Quickpost this image to Myspace, Digg, Facebook, and others!

Sunday, October 25, 2009

Download Device Driver D-Link DFE 530 TX

D-Link DFE-530TX PCI Fast Ethernet Adapter (rev.C) Publisher's Description

D-Link DFE-530TX PCI Fast Ethernet Adapter (rev.C) : The DFE-530TX uses the bus master burst mode to directly transfer network data between the card and the host´s memory, bypassing the host´s CPU to offload the host´s work load. This PCI adapter removes network bottlenecks and is ideal for high-power servers and videographic or multimedia stations.

http://www.mediafire.com/file/5zlt0yem2vm/dfe530TX+_driver_5397.exe

Download Angry IP Scanner

Angry IP Scanner in action Screenshot


What is Angry IP Scanner?

Angry IP Scanner (or simply ipscan) is an open-source and cross-platform network scanner designed to be fast and simple to use. It scans IP addresses and ports as well as has many other features.

It is widely used by network administrators and just curious users around the world, including large and small enterprises, banks, and government agencies.

It runs on Linux, Windows, and Mac OS X, possibly supporting other platforms as well.

(http://www.angryip.org/w/Home)


Masalah terlupa no IP untuk Modem/Router

Apabila no IP Modem/Router tidak diketahui, ia akan menyukarkan pengguna untuk menyelenggara semula sistem sambungan Internet atau Rangkaian Komputer, contohnya:

1) Tidak dapat reset semula Modem/Router
2) Tidak dapat membuat konfigurasi baru untuk Modem/Router
3) Tidak dapat membuat sambungan manual PC ke Modem/Router (apabila no IP hos tidak diketahui)

Terdapat beberapa langkah yang membantu menyelesaikan masalah ini:
1) Meneka no IP. Biasanya Modem/Router menggunakan no IP 192.168.1.1 atau 192.168.1.254
2) Sekiranya langkah pertama tidak berjaya, bolehlah cuba-cuba meneka secara pintar mana-mana nombor di antara 192.168.1.1 dan 192.168.1.255.
3) Sekiranya langkah ke2 memakan masa yang lama, anda boleh menggunakan perisian khas untuk mencari no IP Modem/Router tersebut.

Namanya Angry IP Scanner. Saya pun tak pasti kenapa namanya 'Marah' (Angry). Boleh jadi kerana tak tahu no IP dan banyak tugas lain terbengkalai kerananya.

Angry IP Scanner in action Screenshot

Anda boleh download perisian percuma Angry IP Scanner ini dari sini:
(Download Angry IP Scanner from here) :

Masalah terlupa kata laluan untuk Modem Riger keluaran TMnet


Modem Riger keluaran TMnet untuk penyambungan Internet di Malaysia menggunakan default Username tmadmin dan default Password tmadmin.

Dengan menggunakan web browser komputer anda, masukkan no IP 192.168.1.1. Modem akan memberi respon dengan meminta Username dan Password. Bagaimanapun jika no IP telah diubah, web browser akan memaparkan mesej ralat 'destination not found' (destinasi tidak dijumpai) maka anda perlulah mendapatkan no IP modem tersebut terlebih dahulu.

Bagaimana mendapatkan no IP modem saya?


Masalah terlupa kata laluan untuk TMnet Streamyx

Default Password untuk TMnet Streamyx adalah tmnet123. Jika anda daftar Streamyx melalui syarikat INTELECA, ftx123. Cubalah dahulu.

Kalau salah, boleh jadi ia telah diubah kepada yang lain.

Telefon 100 dan minta khidmat reset semula password.

Selesai.

Bagaimana pula jika terlupa Password untuk Modem Riger keluaran TMnet?

Saturday, October 24, 2009

Masalah "Device Cannot Start" dan "Code 10" Error

Masalah ini mungkin timbul apabila pengguna mahu memasang peranti (device) tambahan pada slot PCI komputernya.

Contohnya, memasang Network Card atau Modem Card pd slot PCI. Setelah Card dipasang pada PCI slot dan perisian pemandu (Device Driver) dipasang pada Windows, didapati Card ini tidak berfungsi. Apabila pengguna menyelidik masalah melalui Hardware Manager, pengguna akan menerima maklumat ralat "Device Cannot Start" dan "Code 10" Error.

Masalah ini kemungkinan berpunca daripada kegagalan Windows mengenalpasti Card yang baru dipasang dan tidak dapat menyambungkannya kepada sistem motherboard (IRQ conflict).

Penyelesaiannya, cabut semula Card tadi dan pasangkan pada slot PCI yang lain. Hidupkan semula PC dan semak samada masalah ini muncul semula atau tidak. Selalunya masalah ini akan selesai selepas itu.


Tuesday, October 20, 2009

Maksud Random

Image Hosted by ImageShack.us



Random bermaksud Rawak; tidak tersusun, tanpa kawalan atau tidak ditentukan lebih awal.

Sifat rawak merupakan sifat yang penting di dalam dunia perkiraan atau perkomputeran. Sifat rawak membantu menjana suatu keadaan yang tidak dapat diduga sebelumnya. Hal ini menjadikan kebarangkalian terjadi sesuatu perkara sebagai 50-50 di mana pengguna komputer tidak dapat mempengaruhi keputusan/kejadian perkara tersebut.

Sifat rawak digunakan contohnya di dalam proses penghasilan Permainan Komputer (Computer Games) di mana pengguna komputer akan bertarung dengan objek janaan komputer yang terhasil secara rawak di atas skrin dan oleh itu faktor kemenangan pengguna tadi adalah bersandarkan kemahirannya mengendalikan objek tersebut. Secara teorinya, keadaan ini memberikan peluang 50-50 untuk memenangi permainan itu.

Download Percuma Perisian Pemproses Kata (Free Word Processor Software)

Image Hosted by ImageShack.us


Perisian Microsoft Word amat popular tetapi perlu dibeli.

Sebaliknya, perisian di bawah adalah percuma dan boleh dimuat turun bila-bila masa sahaja.

1. OpenOffice

2. EasyOffice

3. UltraPad

4. Jarte

5. IBM Lotus Symphony

Dari laman asal:
http://www.tothepc.com/archives/5-free-word-processing-software/

Universal DOS Printer Driver



Download Universal DOS Printer Driver

(http://www.mediafire.com/?sharekey=f643eba87c191c5091b20cc0d07ba4d2292d29fb70d9562c)

Boleh digunakan untuk mencetak dokumen menggunakan Printer USB daripada persekitaran DOS.

Capaian web asal:
http://www.dosprn.com/download.htm

Kawal PC dari jarak jauh

Image Hosted by ImageShack.us


Sesebuah komputer yang disambung pada rangkaian komputer tempatan atau rangkaian Internet boleh membenarkan komputer lain yang terhubung melalui rangkaian yang sama mengawal operasi dirinya.

Hal ini memberikan beberapa kelebihan iaitu:
1) Pengguna tidak perlu bergerak secara fizikal kepada komputer yang mahu digunakannya. Ini menjimatkan masa dan tenaga.

2) Pengguna dapat menjalankan proses 'program installation' secara berkelompok dan serentak.

3) Pengguna dapat melakukan proses 'troubleshoot' ke atas komputer mana-mana komputer yang lain.

Antara program percuma yang dapat melaksanakan tugas ini ialah UltraVNC (http://www.uvnc.com/)

Monday, October 12, 2009

Maksud Application Software



Application Software bermaksud perisian (program) yang menjalankan aplikasi tertentu untuk pengguna. Application Software berbeza daripada Operating System Software dari sudut objektifnya adalah untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang berkait langsung dengan keperluan pengguna.

Contoh perisian aplikasi adalah Perisian Lembaran Kerja (Spreadsheet Application Software). Spreadsheet Application Software merupakan perisian yang dibangunkan untuk PC yang amat berjaya menarik minat pengguna sehingga hari ini.

Mengikut sejarah, Spreadsheet Application Software yang pertama dikenali sebagai VisiCalc yang dibangunkan untuk Komputer Apple. Program tersebut kemudiannya diterjemahkan untuk Komputer IBM tidak lama selepas itu. Saiznya sangat kecil dan anda hanya perlu menyalin satu fail '.exe' sahaja untuk menjalankannya di dalam komputer anda. Anda boleh mencuba program ini dengan memuat turun failnya dari url di bawah

download free VisiCalc for DOS : (http://www.mediafire.com/?sharekey =f643eba87c191c50ab1eab3e9fa335cac5bc0e48bfdc0e70)

Panduan Ringkas:
1) Untuk menjalankannya di dalam persekitaran Windows, Double Click fail 'VisiCalcDOS.exe'
2) Untuk menghentikannya, taip "/SQY".

Saturday, October 10, 2009

Maksud Program Installation

Image Hosted by ImageShack.us


Aktiviti menambah perisian aplikasi (application software) yang baru ke atas sistem komputer sedia ada.

Secara dasarnya, apabila sesebuah fail jenis '.exe' (executable file) disimpan di dalam sesebuah komputer, fail ini sudah boleh melaksanakan fungsinya apabila ia diaktifkan oleh pengguna (contohnya, 'double click'). Kebanyakan fail '.exe' yang serasi dengan persekitaran DOS (DOS, Disk Operating System, sistem operasi lama sebelum Windows) termasuk di dalam kategori ini.

Walaubagaimanapun, apabila sistem operasi yang lebih canggih seperti Windows diperkenalkan, sesetengah fail jenis '.exe' memerlukan tindakbalas dengan Windows Registry dan fail-fail lain seperti jenis '.com' dan '.dll'. Fail seperti ini memerlukan pemasangan (installation) yang lebih rumit sebelum ia dapat dijalankan. Untuk kemudahan pengguna, pengeluar program kebiasaannya akan mencipta program pemasang (installer program) yang akan menjalankan tugas menyalin fail '.exe' serta mendaftarkan program ini dengan Windows Registry dan hal-hal lain yang berkaitan.