Aktiviti menambah perisian aplikasi (application software) yang baru ke atas sistem komputer sedia ada.
Secara dasarnya, apabila sesebuah fail jenis '.exe' (executable file) disimpan di dalam sesebuah komputer, fail ini sudah boleh melaksanakan fungsinya apabila ia diaktifkan oleh pengguna (contohnya, 'double click'). Kebanyakan fail '.exe' yang serasi dengan persekitaran DOS (DOS, Disk Operating System, sistem operasi lama sebelum Windows) termasuk di dalam kategori ini.
Walaubagaimanapun, apabila sistem operasi yang lebih canggih seperti Windows diperkenalkan, sesetengah fail jenis '.exe' memerlukan tindakbalas dengan Windows Registry dan fail-fail lain seperti jenis '.com' dan '.dll'. Fail seperti ini memerlukan pemasangan (installation) yang lebih rumit sebelum ia dapat dijalankan. Untuk kemudahan pengguna, pengeluar program kebiasaannya akan mencipta program pemasang (installer program) yang akan menjalankan tugas menyalin fail '.exe' serta mendaftarkan program ini dengan Windows Registry dan hal-hal lain yang berkaitan.
No comments:
Post a Comment