Saturday, October 24, 2009

Masalah "Device Cannot Start" dan "Code 10" Error

Masalah ini mungkin timbul apabila pengguna mahu memasang peranti (device) tambahan pada slot PCI komputernya.

Contohnya, memasang Network Card atau Modem Card pd slot PCI. Setelah Card dipasang pada PCI slot dan perisian pemandu (Device Driver) dipasang pada Windows, didapati Card ini tidak berfungsi. Apabila pengguna menyelidik masalah melalui Hardware Manager, pengguna akan menerima maklumat ralat "Device Cannot Start" dan "Code 10" Error.

Masalah ini kemungkinan berpunca daripada kegagalan Windows mengenalpasti Card yang baru dipasang dan tidak dapat menyambungkannya kepada sistem motherboard (IRQ conflict).

Penyelesaiannya, cabut semula Card tadi dan pasangkan pada slot PCI yang lain. Hidupkan semula PC dan semak samada masalah ini muncul semula atau tidak. Selalunya masalah ini akan selesai selepas itu.


No comments:

Post a Comment