Sunday, October 25, 2009

Masalah terlupa no IP untuk Modem/Router

Apabila no IP Modem/Router tidak diketahui, ia akan menyukarkan pengguna untuk menyelenggara semula sistem sambungan Internet atau Rangkaian Komputer, contohnya:

1) Tidak dapat reset semula Modem/Router
2) Tidak dapat membuat konfigurasi baru untuk Modem/Router
3) Tidak dapat membuat sambungan manual PC ke Modem/Router (apabila no IP hos tidak diketahui)

Terdapat beberapa langkah yang membantu menyelesaikan masalah ini:
1) Meneka no IP. Biasanya Modem/Router menggunakan no IP 192.168.1.1 atau 192.168.1.254
2) Sekiranya langkah pertama tidak berjaya, bolehlah cuba-cuba meneka secara pintar mana-mana nombor di antara 192.168.1.1 dan 192.168.1.255.
3) Sekiranya langkah ke2 memakan masa yang lama, anda boleh menggunakan perisian khas untuk mencari no IP Modem/Router tersebut.

Namanya Angry IP Scanner. Saya pun tak pasti kenapa namanya 'Marah' (Angry). Boleh jadi kerana tak tahu no IP dan banyak tugas lain terbengkalai kerananya.

Angry IP Scanner in action Screenshot

Anda boleh download perisian percuma Angry IP Scanner ini dari sini:
(Download Angry IP Scanner from here) :

No comments:

Post a Comment