Sesebuah komputer yang disambung pada rangkaian komputer tempatan atau rangkaian Internet boleh membenarkan komputer lain yang terhubung melalui rangkaian yang sama mengawal operasi dirinya.
Hal ini memberikan beberapa kelebihan iaitu:
1) Pengguna tidak perlu bergerak secara fizikal kepada komputer yang mahu digunakannya. Ini menjimatkan masa dan tenaga.
2) Pengguna dapat menjalankan proses 'program installation' secara berkelompok dan serentak.
3) Pengguna dapat melakukan proses 'troubleshoot' ke atas komputer mana-mana komputer yang lain.
Antara program percuma yang dapat melaksanakan tugas ini ialah UltraVNC (http://www.uvnc.com/)
No comments:
Post a Comment